Pengenalan RTB Sungai Muda: |
Sungai Muda dikenalpasti sebagai kawasan yang sering dilanda banjir terutamanya musim hujan pada April hingga Mei dan September hingga November setiap tahun. Banjir berlaku setiap tahun dan semakin serius. Banjir besar berlaku dalam tahun 1949, 1967,1988,1995 dan 1998. Dianggarkan sebanyak 8,370 buah rumah dan seluas 100 km persegi kawasan perumahan dan pertanian terlibat. Jumlah kerosakan tahunan dianggarkan antara RM 2 juta hingga RM 4 juta semasa banjir biasa dan dalam kejadian banjir tahun 1988 kerugian harta benda dan hasil pertanian adalah dianggar sebanyak RM 16 juta.
|
|
Punca-punca kejadian banjir: |
• Kawasan tadahan sungai yang curam.
• Sungai yang tidak mampu menampung aliran.
• Bangunan yang didirikan didataran banjir.
• Pembangunan yang semakin pesat di kawasan sekitar dan juga *Bandar-bandar berdekatan seperti Sik, Baling dan Kuala Ketil.
• Saiz Ampang Jajar tidak mencukupi.
• Hujan yang berpanjangan dikawasan tadahan.
Untuk mengatasi masalah ini, pihak kerajaan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia melaksanakan Projek Tebatan Banjir Sungai Muda. Adalah diharap dengan siapnya projek ini, ianya akan menyelesaikan masalah banjir yang sering berlaku dikawasan tersebut.
|
|
Skop keseluruhan Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Muda adalah seperti berikut: |
Dari Jambatan Sidam ke Muara Sungai Muda sepanjang 40 km.
Bandar Kuala Ketil sepanjang 5 km
Bandar Sik sepanjang 2 km
Bandar Baling sepanjang 4 km.
Anggaran kos keseluruhan yang diperuntukan oleh pihak kerajaan persekutuan untuk projek tersebut ialah sebanyak RM 400 juta. Projek ini dilaksanakan secara Reka dan Bina oleh dua kontraktor iaitu Redmax Sdn Bhd dan Wira Kerjaya Sdn. Bhd, di mana Jambatan Merdeka sebagai pembahagi bagi kedua-dua kontraktor tersebut. Projek ini dijangkakan siap pada pertengahan tahun 2006.
|
|
MENGAPA PROJEK INI PERLU DILAKSANAKAN ? |
Projek ini adalah amat penting kerana ianya akan memberi manfaat kepada penduduk sekitarnya yang merupakan nadi pengerak ekonomi.
Kerja-kerja pembaikan sungai tidak hanya memberi manfaat kepada kawasan-kawasan berhampiran tetapi turut dapat mengalakkan aktiviti sosio-ekonomi di kawasan Lembangan Sungai Muda.
Projek ini bertujuan untuk mengurangkan kemusnahan harta benda akibat bencana banjir.
Persekitaran sungai dapat dijadikan sebagai tapak rekreasi yang indah untuk tarikan pelancong
Rekabentuk baru yang dicadangkan ke atas sungai tersebut dapat memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan sungai termasuk kerja-kerja membersihkan sungai serta kawasan persekitarannya.
|
|
MATLAMAT PROJEK |
Matlamat projek ini adalah untuk menyediakan infrastruktur bagi mengatasi masalah banjir di kawasan sungai muda dan mengurangkan kerosakan harta benda di kalangan penduduk disekitar lembagan Sungai Muda.
KOMPONEN PROJEK
|
|
Cadangan kerja-kerja pembaikan Sungai Muda adalah seperti berikut: |
Pembaikkan sungai
Mendalam dan melebarkan sungai
Pengawalan hakisan tebing
Pembinaan Ban dan struktur
Pembaikkan Muara Sungai
Pembinaan Ampang Jajar baru.
Pembinaan jambatan KTMB dan jambatan JKR.
Pengubahsuaian ke atas struktur sediaada.
Landskap
|